Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Saturday, December 18, 2010

Pc Dell

Salam malam minggu semua...
Baru hari ni dpt mengetuk2 keyboard.. sbb lappy gone! msk wad! sabar bebyk...
Bincang dgn hubby ckp nak beli pc lah senang utk anak2 belajar...eh..utk anak ker ibunyerr? isshhh...!
Pergi kerja esoknya tertgk plak fax iklan drp Dell...promotion YES,
mcm org mengantuk disorongkan bantallah kan...
selalunya buang aje...
Lepas tanya hubby...jwpnyer ON je...terus call & confirm
ceh...cam confident jer... tawakal ajelah...
Semlm sampailah pc yg ditunggu2 ni...
hanya 3 hari sahaja...brg dh sampai depan rumah...syukran!
first time beli cam takut jgk...servicenya tip top...
wah besornya screen! jakun (kata org johor)
Tapi kena tahulah apa perisian yg kita nak pakai...dia akan bagi pilihan,
jgn main beli saja... just click n check with...

Monday, July 12, 2010

Fuhh... Masak Sendiri...


Jalan-jalan jumpa info bagus ni untuk dikongsi bersama...


Perlu selalu diingati bahawa masakan yang dimasak sendiri banyak memberi manafaat.


1. Makanan yang dimasak sendiri terjamin kebersihannya.


2. kualiti sayuran dan bahan masakan dapat kita pilih yang berkualiti sahaja.


3. Kata ahli Sufi, masakan yang dibacakan “Bismilah” dan “Selawat” semasa dalam proses penyediaan, makanan itu akan mempunyai roh yang bagus. Apabila kita memakannya badan akan menjadi sihat.


4. Dapat menjamin diri dari bahan-bahan yang merosakkan tubuh seperti bahan pengawet pewarna, gula sakarine dan msg.


Penyakit bermula daripada apa yang kita makan, bermula dari perut.

Selalu ingat pesanan Nabi “Makan waktu lapar, berhenti bila kenyang.”

Paling utama berserdahana dalam segala hal.

Waktu memasak makanan, kurangkan penggunaan minyak.

Masakkan jenis rebus paling digalakkan.

Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran.

Kurangkan pengambilan gula dan garam.


Jangan makan susu bersama cuka.

JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI ,

(SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, SEBELUM MAKAN NASI)

JANGAN TIDUR SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.

(DIKUATIRI ANDA DIMAKAN USIA)

-Motto Mami Yatie -

“Sampaikan walaupun sepatah perkataan.”

maklumat lanjut see
http://cook4u.wordpress.com/our-food/


Monday, June 14, 2010

Info^1

Info yang perlu anda tahu...

Gosok gigi 2 x sehari (semua org tahu ni...)
& gosok hanya 2 minit sahaja ya!
tidak boleh lebih drp itu...

(baru saya tahu...anda tahu?)


Jika lebih... bakteria akan menguasai keseluruhan mulut kita...hahh merebak & menyebabkan mulut berbau...walaupun telah menggosok dgn lamanya....


info drp Nasi Lemak Kopi O, TV9-TQ